Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Amir Hamzah Nordin
Title :Lelaki rentung gagal selamat diri ketika rumah terbakar
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :20 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB: Seorang lelaki maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Kuala Semantan, dekat Cheroh, di sini tengah malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam dengan mangsa, Zahari Ibrahim, 49, yang tinggal berseorangan gagal menyelamatkan diri. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata kebakaran membabitkan sebuah rumah papan dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub turut dibantu BBP Lipis mengambil masa sejam untuk memadamkan kebakaran itu. "Mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Raub untuk dibedah siasat. "Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035