Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :BERNAMA
Title :Bahasa dan tulisan cerminan warisan perlu dipelihara - Sultan Pahang
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :21 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LIPIS: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah bahasa dan tulisan merupakan cerminan warisan yang menjadi tunjang peradaban bangsa serta perlu dipelihara. Baginda bertitah, bahasa Melayu bukan sekadar alat bicara dan penyambung kata tetapi ia juga adalah nadi tamadun, jiwa bangsa dan wadah kebijaksanaan yang mengalir dalam peradaban sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga era kemerdekaan. "Bahasa ini telah menjadi tonggak penyatuan bangsa, menyulam makna dalam segenap detik sejarah dan merakam peristiwa dalam tinta yang tidak akan luntur ditelan zaman," titah baginda, di sini, semalam. Baginda bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan menyempurnakan perasmian masjid baharu di Kampung Seberang Jelai, Lipis, yang dimasyurkan sebagai Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Al-Sultan Abdullah bertitah, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tidak boleh dipinda selagi tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Titab baginda, tulisan Jawi pula adalah warisan bangsa yang telah mengalir dalam naskhah sejarah sejak lebih seribu tahun lalu dengan merakamkan hikayat keagungan, mentranskrip undang-undang, mengabadikan perjanjian serta menyebarluaskan ilmu. "Tulisan ini jugalah yang mengajar umat akan ayat suci, membentuk adab dan mengukuhkan keilmuan. "Maka, usaha memartabatkan tulisan Jawi bukan sekadar nostalgia silam tetapi juga amanah yang wajib kita pikul," titah baginda. Justeru, Sultan Pahang bertitah, bahasa Melayu dan tulisan Jawi bukan sekadar simbol tetapi juga merupakan lambang ketuanan dan kedaulatan bangsa yang perlu dipertahankan demi kelangsungan jati diri generasi akan datang. "Lihatlah bangsa lain di dunia, mereka memartabatkan bahasa dan tulisan mereka dengan penuh kebanggaan. "Mereka tidak pernah merasa hina untuk menggunakan bahasa dan tulisan sendiri dalam bidang sains, teknologi, pentadbiran serta perdagangan. Mereka mengangkatnya pada peringkat antarabangsa tanpa ragu-ragu," titah baginda.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035