Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan Aidilfitri kepada siswazah antarabangsa UTM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :31 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mengurniakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri kepada siswazah antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru. Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, selepas solat sunat Aidilfitri, seramai 500 siswazah antarabangsa dari lebih 10 negara berkumpul di Blok UTM International untuk menikmati jamuan raya yang menyajikan juadah seperti nasi briyani berlauk ayam, kambing, daging, sate dan manisan. Naib Canselor UTM, Profesor Dr Mohd Shafry Mohd Rahim, dalam ucapan menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda yang juga Canselor UTM mengurniakan jamuan itu, berharap agar pelajar antarabangsa yang tiada kesempatan pulang ke negara mereka dapat merasai suasana sambutan hari raya di kampus. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abd Rahim. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035