Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 2,375 orang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :30 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 2,375 orang hari ini berbanding 2,115 mangsa yang direkodkan semalam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah itu Kuantan terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 757 orang daripada 252 keluarga. “Daerah Raub merekodkan jumlah mangsa kedua tertinggi sebanyak 744 orang diikuti Lipis sebanyak 450 orang dan Maran 454 orang mangsa. “Kesemua mangsa di empat daerah berkenaan ditempatkan di 56 buah PPS,”katanya di sini hari ini. Menurutnya pada masa ini enam buah sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Jerantut,Bera dan Temerloh serta Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Luit di Maran.-KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035