|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN – Seramai 669 mangsa daripada 217 keluarga di empat daerah negeri ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah itu Kuantan merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 314 mangsa diikuti Raub seramai 206 mangsa, Lipis, 86 mangsa dan Maran seramai 63 mangsa.
“Kesemua 232 mangsa daripada 79 keluarga di Kuantan dipindahkan ke empat PPS, kesemua 206 mangsa daripada 67 keluarga di Raub dipindahkan ke lapan PPS, 86 mangsa daripada 25 keluarga di Lipis dipindahkan ke lima PPS manakala 63 mangsa di Maran dipindahkan ke dua PPS.
“Pada masa ini pihak APM masih terus melakukan pemantauan dan bersedia membantu memindahkan mangsa,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya, pada masa ini Sungai Telemong di Bentong, Sungai Jelai di Lipis dan Sungai Pahang di Kuala Krau berada pada paras waspada.- KOSMO! ONLINE
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |