Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Mahani Ishak
Title :118,000 pelajar UiTM daftar masuk kolej kediaman sesi akademik Mac 2025
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :06 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Lebih 118,000 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari seluruh negara mendaftar masuk ke kolej kediaman sempena permulaan sesi akademik Mac 2025. Pendaftaran selama dua hari itu membabitkan pelajar baharu dan lama di semua kampus induk dan cawangan UiTM di seluruh negara. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi, berkata seramai 38,389 pelajar baharu melapor diri pada hari pertama pendaftaran. "Proses pendaftaran berjalan lancar hasil kerjasama erat antara pihak pengurusan kolej, sukarelawan pelajar serta sokongan teknikal dan logistik daripada jabatan-jabatan terbabit yang bertugas sejak awal pagi. "Komitmen dan semangat mereka amat membanggakan," katanya ketika ditemui di UiTM Shah Alam, hari ini. Dalam pada itu, Mohd Sazili turut menasihatkan pelajar baharu untuk memanfaatkan peluang menimba ilmu di UiTM dengan penuh disiplin dan iltizam, di samping tidak melupakan harapan dan pengorbanan ibu bapa serta keluarga. Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib dalam kenyataannya, turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada pelajar baharu serta mengalu-alukan kepulangan mahasiswa lama ke kampus. "Semester baharu hadir bersama semangat baharu. UiTM sentiasa mendokong aspirasi pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah turut menyerlah dalam sahsiah dan kepimpinan. "Kami percaya kehadiran pelajar-pelajar ini akan terus menyemarakkan budaya ilmu di kampus," katanya. Katanya, pendaftaran pelajar kolej kediaman turut menjadi permulaan kepada pelbagai program orientasi dan suaikenal yang disusun bagi membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. "UiTM terus memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia, berlandaskan misinya dalam memperkasakan Bumiputera melalui pendidikan berkualiti dan inklusif," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035