Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :SALEHUDIN MAT RASAD
Title :32 kes kecurian kabel, kerugian RM3 juta jejas ECRL
Faculty :Kosmo
Year of Publication :14 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
MARAN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berdepan ancaman serius apabila sebanyak 32 kes kecurian kabel dan ‘transformer’ direkodkan setakat ini, dengan kerugian melebihi RM3 juta yang dibimbangi boleh menjejaskan jadual penyempurnaan projek serta ujian tren menjelang Disember 2026. Pengarah Keselamatan China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCCECRL), Seksyen 13, Shi Liang Hui berkata, insiden itu membabitkan beberapa lokasi kritikal di sepanjang jajaran dalam tiga negeri, dengan Pahang mencatat jumlah kes tertinggi. “Pahang merekodkan 24 kes, Terengganu tujuh dan Kelantan satu kes. “Kebanyakan lokasi masih dalam fasa pemasangan sistem elektrik, komunikasi dan utiliti,” katanya di Seksyen 13 Kampung Paya Pasir di sini hari ini. Menurut beliau, kecurian bukan sahaja melibatkan kabel, malah komponen penting seperti ‘transformer’ dan peralatan sokongan yang turut menjadi sasaran sehingga menjejaskan penyelarasan teknikal. “Walaupun struktur fizikal projek hampir siap, kehilangan aset teknikal seperti ini boleh melambatkan pemasangan sistem operasi tren dan menolak semula jadual kerja,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035