Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Rupanya ada yang lebih berharga di Bukit Goh
Faculty :Kosmo
Year of Publication :13 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Bukit Goh di sini bukan sahaja ‘kaya’ dengan bauksit, malah pelbagai mineral lain termasuk red earth atau nadir bumi yang menjadi rebutan pembeli termasuk dari negara luar. Pengarah Pusat Kelestarian Mi­neral dan Teknologi Pemulihan Sumber, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Prof. Madya Dr. Mohd. Yuhyi Mohd Tadza berkata, ini kerana bauksit di kawasan itu adalah jenis laterit, bukan yang berkualiti tinggi. “Namun tanah di kawasan itu (Bukit Goh) kaya dengan pelbagai mineral lain termasuk red earth atau nadir bumi yang bernilai tinggi pada masa ini,” katanya di sini semalam. Sebelum ini negara dikejutkan dengan perlombongan bauksit yang ketara di Felda Bukit Goh sehingga moratorium dilaksanakan bagi menghentikan aktiviti tersebut kerana memberi kesan kepada alam sekitar dan masyarakat setempat. Felda Bukit Goh yang dibuka pada 1970 mempunyai 671 pe­neroka dengan tanah berke­luasan 2,715.4 hektar atau 4.04 hektar bagi setiap peneroka. Keluasan yang terlibat dalam aktiviti perlombongan bauksit adalah 752.7 hektar melibatkan 186 peneroka. Kawasan yang tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti itu, tetapi berada dalam kawasan perlombongan bauksit berkeluasan 768.9 hektar melibatkan 190 peneroka, manakala 271 pe­neroka pula tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan.   Menurut beliau, pembeli dari China biasanya menyasarkan nadir bumi itu yang pada masa ini banyak digunakan dalam penghasilan kenderaan elektrik. Jelasnya, bauksit itu biasanya akan diproses terlebih dahulu bagi mengasingkan bauksit sebenarnya berwarna keputihan dan mineral lain termasuk nadir bumi. Beliau berkata, bagi memastikan tiada pihak termasuk orang luar mengambil kesempatan mengaut keuntungan besar, pihak berkaitan di negara ini perlu memproses terlebih dahulu ta­nah perlombongan tersebut. Katanya, langkah itu adalah bagi memastikan bahan-bahan mineral termasuk bauksit dapat dijual berasingan selain mengelakkan pihak lain khususnya negara luar tidak dapat mengambil kesempatan. -KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035