|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| Kelana Jaya: Kumpulan Pendidikan UNITAR baru-baru ini meraikan 13 pelajarnya yang bertuah dalam satu Majlis Anugerah Istimewa yang diadakan di Kampus Induk UNITAR, di sini.
Dalam majlis gilang-gemilang itu, setiap pelajar menerima sebuah kereta Perodua Axia 1.0L X baharu, lengkap dengan pakej pendaftaran jalan raya (OTR) selama setahun.
Majlis tersebut merupakan kemuncak kempen khas yang dilancarkan sempena pengambilan pelajar baharu bagi semester Januari 2025.
Kempen itu bertujuan mengiktiraf komitmen para pelajar dalam melanjutkan pengajian tinggi dan penglibatan mereka dalam program rujukan serta pengambilan pelajar UNITAR.
Seramai 13 pemenang telah dipilih dengan 12 daripadanya mewakili setiap kampus UNITAR di seluruh negara, manakala seorang lagi pemenang dipilih melalui program rujukan pelajar "Student-Get Student".
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan UNITAR, Datuk Puvan Balachandran, majlis anugerah ini adalah tanda penghargaan UNITAR kepada para pelajar yang memilih institusi tersebut sebagai destinasi pendidikan mereka.
"Di UNITAR, kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna, menarik dan memberi inspirasi.
"Majlis Anugerah ini merupakan tanda penghargaan kami kepada para pelajar yang meletakkan kepercayaan mereka kepada UNITAR serta untuk meraikan langkah pertama mereka dalam dunia pendidikan tinggi," katanya.
Menurut Balachandran lagi, inisiatif ini mencerminkan misi mereka untuk mengubah kehidupan dan memperkasakan para pelajar dengan sesuatu yang lebih daripada sekadar ilmu pengetahuan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Pendidikan UNITAR, Timothy Johnson, menjelaskan pihak UNITAR sentiasa mencari cara baharu untuk menghargai penglibatan pelajar dan menekankan nilai pendidikan.
"Kami sentiasa mencari pendekatan baharu untuk menghargai penglibatan pelajar sambil menegaskan nilai pendidikan.
"Dengan memperkenalkan insentif bermakna seperti Majlis Anugerah ini, kami berhasrat untuk terus membina komuniti pelajar yang dinamik, didorong oleh semangat untuk melanjutkan pelajaran," katanya.
Majlis anugerah ini dilihat sebagai pengukuhan komitmen UNITAR dalam menyediakan pendidikan yang mudah diakses, mampu milik dan berimpak, serta menawarkan peluang yang melangkaui pembelajaran di dalam kelas.
Untuk maklumat lanjut mengenai UNITAR dan pelbagai program yang ditawarkan, layari laman sesawang rasmi UNITAR diĀ www.unitar.my. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |