Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :BERNAMA
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdullah
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :15 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia malam ini. Baginda berdua mendoakan semoga roh Allahyarham, yang juga Perdana Menteri Malaysia kelima itu, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. "Baginda berdua turut mendoakan agar segala urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan, serta mereka dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang. "Segala sumbangan Allahyarham sebagai seorang negarawan yang begitu besar jasanya dalam memajukan dan membangunkan negara akan selamanya dikenang. Al-Fatihah," menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini. Allahyarham yang mesra dipanggil "Pak Lah" menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam ini. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035