|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) menyifatkan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai lambang kepimpinan berintegriti dan negarawan ulung yang amat disegani.
Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata Allahyarham merupakan alumni UM dalam program Sarjana Muda Sastera (Pengajian Islam) pada 1964.
Beliau berkata, Abdullah telah mencurahkan khidmat bakti tidak ternilai dan membina legasi kepimpinan berwawasan yang memberi impak besar kepada pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.
"Sebagai alumni UM, segala sumbangan serta pencapaian beliau menjadi cerminan unggul nilai-nilai teras universiti, iaitu kecemerlangan, kepimpinan dan tanggungjawab kepada masyarakat.
"UM amat berbangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan awal intelektual beliau," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, UM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, insan tersayang dan seluruh rakyat Malaysia.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman.
"Legasi kepimpinan dan jasa beliau akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang," katanya. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |