Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norzamira Che Noh
Title :Kumpulan pelajar berpakaian mirip KKK, ini penjelasan UiTM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :15 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini adalah sebagai sebahagian daripada tugasan akademik. UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, ia adalah tugasan oleh pelajar Pusat Asasi UiTM bagi sesi pembentangan kursus `Contemporary Global and Legal Issues'. Katanya, tugasan berkenaan bertujuan menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran pelajar terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. "Dalam sesi tersebut, pelajar memilih untuk membentangkan isu berkaitan diskriminasi kaum dan kebencian berasaskan warna kulit, yang juga antara pelanggaran hak asasi manusia yang pernah berlaku di beberapa negara. "Kostum serta elemen visual yang digunakan bertujuan membantu meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap topik yang dibentangkan, serta memberi gambaran lebih menyeluruh dari perspektif sejarah dan global. "Pendekatan visual yang digunakan adalah sebahagian daripada kaedah pedagogi bagi menyokong penyampaian berimpak tinggi dalam kelas, selaras dengan objektif kursus yang mendorong pemikiran analitik serta kesedaran sivik dalam kalangan pelajar," kata UiTM dalam satu kenyataan, hari ini. Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pelajar UiTM Kampus Dengkil yang mengenakan jubah mirip Ku Klux Klan (KKK). UiTM berkata pensyarah dan pihak fakulti yang bertanggungjawab turut memastikan pembentangan dijalankan secara terkawal dan berlandaskan prinsip akademik, tanpa menyentuh sebarang sensitiviti berkaitan agama, budaya mahupun perkauman. "Untuk makluman, tiada sebarang elemen penghinaan terhadap mana-mana agama disebut atau dibincangkan sepanjang sesi tersebut berlangsung," katanya. UiTM turut menegaskan pihaknya sentiasa menitikberatkan nilai sejagat seperti toleransi, hormat-menghormati dan kepekaan antara budaya dalam semuaaktiviti akademik dan kokurikulum. Katanya, institusi itu kekal komited terhadap pendekatan pendidikan yang bertanggungjawab, beretika, dan berorientasikan pemikiran kritikal demi membentuk generasi pelajar yang matang dan peka terhadapisu global. "Kami berharap penjelasan ini dapat memperjelaskan keadaan sebenar dan menamatkan salah tafsir terhadap tugasan yang dijalankan. "UiTM akan terus memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajar secara holistik dan menyeluruh," katanya. UiTM meminta semua pihak menilai insiden seperti ini dalam kerangka akademik dan tidak menafsirkannya di luar konteks asal, selaras dengan semangat pendidikan inklusif dan dinamik yang menjadi tunjang pengajian tinggi negara.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035