Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Bendera Pahang dikibar separuh tiang esok
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :15 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bendera negeri Pahang dikibarkan separuh tiang, esok. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Nazri Abi Bakar, berkata titah baginda bagi menzahirkan penghormatan atas kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, semalam. "Menjunjung titah perintah Al-Sultan Abdullah adalah dimaklumkan bahawa bendera Negeri Pahang Darul Makmur hendaklah dikibarkan separuh tiang pada 16 April 2025 (Rabu)," katanya dalam kenyataan hari ini. Semalam, Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 7.10 malam. Jenazah negarawan itu dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara, selepas solat Zohor hari ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035