Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Zanariah Abd Mutalib
Title :UTeM terima Anugerah Inovasi Pendidikan peringkat kebangsaan
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :22 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Pendidikan peringkat kebangsaan pada Sidang Kemuncak Pemerkasaan Pendidikan 2025 di Pulau Pinang, semalam. Anugerah disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kepada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim, dan disaksikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata anugerah itu menzahirkan penghargaan tinggi terhadap usaha luar biasa UTeM dalam menerajui inovasi pendidikan yang berpaksikan teknologi, nilai kemanusiaan dan orientasi masa depan. "Pengiktirafan ini selari dengan fokus utama dalam Transformasi Pendidikan Tinggi 2025, khususnya dalam aspek "Penyediaan Bakat Terbaik Negara." "Hal ini juga terbentuk menerusi acuan Pelan Strategik UTeM 2023-2025 yang berpaksikan kepada lima teras utama yang menyentuh langsung aspek pembudayaan inovasi dalam pendidikan UTeM. "UTeM tentunya komited memperkasa potensi pelajar melalui pendekatan pembelajaran berinovasi tinggi, memperkukuh ekosistem penyelidikan berimpak dan memperluas akses kepada teknologi serta kemahiran masa depan," katanya. Massila berkata semua inisiatif yang dilaksanakan UTeM bertujuan melahirkan graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang holistik, berkebolehan tinggi dan mampu bersaing secara global secara berterusan. "Anugerah ini bukan sekadar simbol kejayaan tetapi amanah besar untuk terus mendepani perubahan dan menjadi pencetus gelombang baharu dalam pendidikan tinggi negara serta penyumbang aspirasi Malaysia Madani," katanya. Sidang Kemuncak Pemerkasaan Pendidikan 2025 yang berlangsung selama sehari menghimpunkan tokoh pendidikan, kepemimpinan institusi dan rakan kerjasama seluruh negara yang berkongsi misi membentuk lanskap pendidikan Malaysia yang lebih inklusif dan progresif. Turut hadir meraikan kejayaan UTeM itu adalah Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kelestarian Global) UTeM, Profesor Madya Mohd Rahimi Yusoff; Ketua Pegawai Operasi UTeM, Masdzarif Mahat; Ketua Pusatakawan UTeM, Siti Saluwa Jamal dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah UTeM, Prof Dr Mohd Rizal Salleh.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035