Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :-
Title :UM, UiTM, UTM antara universiti pilihan utama majikan - Talentbank
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :26 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah antara universiti awam yang berada di puncak senarai pilihan majikan. Universiti awam berkenaan berada dalam Senarai Universiti Pilihan Majikan 2025 yang dikeluarkan Talentbank, peneraju utama dalam bidang kebolehpasaran siswazah negara. Senarai itu menampilkan institusi-institusi yang graduannya menjadi pilihan utama di pasaran kerja negara. Pelancaran senarai itu telah disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud di EQ Kuala Lumpur, yang memaparkan komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan keperluan sebenar industri. Berbeza dengan penarafan akademik tradisional, senarai ini disusun sepenuhnya berdasarkan data pengambilan pekerja sebenar daripada syarikat-syarikat gergasi di Malaysia, yang diperoleh secara langsung daripada majikan-majikan terkemuka di seluruh Malaysia seperti PETRONAS, Maybank, CelcomDigi. Penarafan ini menggunakan Indeks Kebolehpasaran Siswazah Kebangsaan Talentbank (GE Index) yang mengaplikasikan metodologi tiga peringkat iaitu mengenal pasti universiti yang menjadi pilihan utama majikan, mengukur bilangan pengambilan graduan dari setiap institusi dan menilai kadar pengambilan semula oleh majikan berdasarkan prestasi graduan. Indeks ini menjadi panduan buat lepasan sekolah dan ibu bapa dalam memilih universiti yang bukan sahaja unggul dari segi akademik, tetapi terbukti menghasilkan graduan yang tinggi permintaan di pasaran kerja. Bagi universiti swasta pula, antara nama yang terus mendominasi adalah: Sunway University yang kekal No.1 kebolehpasaran graduan selama empat tahun berturut-turut, Universiti Tunku Abdul Rahman, Heriot-Watt University Malaysia, Asia Pacific University of Technology & Innovation, IMU University dan Universiti Teknologi Petronas. Institusi-institusi ini diiktiraf kerana berjaya melahirkan graduan yang mahir, cekap, dan memenuhi keperluan pelbagai sektor industri. Sempena ulang tahun ke-15 Talentbank, satu lagi inisiatif turut diperkenalkan — Career Playbook, sebuah panduan strategik yang dirangka khusus untuk menjadi rujukan penting bagi pelajar lepasan sekolah, mahasiswa, dan graduan muda. Panduan ini membantu mereka untuk merancang kerjaya, mengenal pasti industri berpotensi, membangunkan kemahiran kebolehpasaran, dan menguasai proses permohonan kerja. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho, selama 15 tahun Talentbank telah konsisten memimpin usaha dalam memperkasakan graduan negara. "Melalui inisiatif seperti Senarai Universiti Pilihan Majikan dan Career Playbook, kami terus komited membimbing pelajar serta keluarga membuat keputusan pendidikan dan kerjaya yang tepat, sekali gus membina graduan yang bersedia bersaing di pasaran kerja yang semakin mencabar. "Kami melabur dalam kajian mendalam untuk mengenal pasti universiti yang menjadi pilihan majikan dan kami berharap panduan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh lepasan sekolah dan ibu bapa demi masa depan kerjaya yang lebih cerah," katanya. Senarai penuh Universiti Pilihan Majikan 2025 boleh dilayari di: www.talentbankgroup.com.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035