Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Sultan Pahang syor penubuhan Pusat Rujukan Jawi Pahang
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :28 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum menzahirkan hasrat untuk menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Pahang sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi. Justeru, baginda mahu semua pihak berkaitan memberi komitmen padu dan bersepadu berkenaan hasrat itu kerana tulisan jawi adalah warisan besar bangsa Melayu dan simbol peradaban Islam yang perlu terus dipelihara. "Saya ingin satu badan atau institusi khusus ditubuhkan di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan mandat melaksanakan kursus, latihan dan pertauliahan jawi secara rasmi. "Agenda jawi ini tidak boleh dianggap sebagai sisipan atau pelengkap semata-mata, sebaliknya mesti dijadikan komponen penting dalam membina negeri yang bertamadun dan berindentiti," titah baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, hari ini. Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli ke Mesyuarat MUIP kali ke-194 di Pekan, hari ini. Turut berangkat Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang juga Timbalan Yang Dipertua MUIP. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook, merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah dan saranan Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan Pusat Rujukan Jawi Pahang. "Sesungguhnya, saranan baginda amat bertepatan dengan usaha memperkasa warisan bangsa dan memperkukuh jati diri umat Islam di negeri ini. "Patik menyambut baik hasrat murni ini dan akan memberi sokongan sepenuhnya bagi merealisasikan penubuhan Pusat Rujukan Jawi Pahang. "Semoga dengan penubuhan pusat ini agenda memartabatkan tulisan Jawi diperkasa sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035