Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Suzalina Halid
Title :Anwar mahu KPT selaraskan pengajian AI di universiti seluruh negara
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :05 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyelaraskan pengajian berkaitan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) di semua universiti seluruh negara. Perdana Menteri berkata, pihaknya melihat penguasaan AI dalam kalangan pelajar adalah bersifat kritikal sepertimana zaman revolusi industri yang memerlukan mesin dan komputer, apatah lagi negara kini mengalami kekurangan tenaga kerja jurutera. Beliau berkata, kekuatan dalam aspek pengembangan bidang AI di negara ini boleh diperoleh sama ada dari universiti awam mahupun swasta. "Saya percaya AI penting dan bidang ini perlu diberikan keutamaan. Saya ada minta, umpamanya KPT untuk menyelaraskan kegiatan ini. "Satu perubahan yang berlaku sekarang ialah kesediaan kita untuk memilih dan mendapat sumbangan itu adalah tidak terikat. "Kalau untuk pendidikan dan kajian, ia tidak terikat untuk universiti awam. Sebaliknya jika ada keupayaan istimewa, sama ada swasta atau awam, kerjasama itu harus dirangkul dalam satu kekuatan," katanya pada program Temu Anwar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), di sini, hari ini. Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi meluaskan pendidikan berkaitan AI. Hingga kini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menubuhkan Fakulti Kecerdasan Buatan Pertama Negara, sekali gus membuktikan institusi pendidikan negara kini berada di landasan tepat. Perdana Menteri turut mengusulkan pelajar menguasai kemahiran dalam bidang AI kerana potensinya sangat besar, apatah lagi negara mengalami kekurangan sehingga puluhan ribu jurutera. Selain itu, Anwar mencadangkan agar negara memfokus aspek AI dengan menyerapkannya ke dalam semua sistem yang ada. Katanya, beliau mahu pelajar di negara ini terbabit dalam pembangunan AI dengan memasukkan elemen nilai, budaya dan sejarah yang bersesuaian dengan konsep Malaysia. "AI ini akan hadam dan memuntahkan semula ilmu yang masuk (ke dalam sistemnya). Jadi bagaimana penyelesaiannya, anak-anak kita harus mempunyai keupayaan untuk memasukkan ilmu atau aplikasi yang ada nilai kita. "Ini adalah supaya AI mampu hadam dan memuntahkan semula ilmu bersama kefahaman kita sendiri," katanya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035