Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Noor Hidayah Tanzizi
Title :BH terima anugerah Liputan Media Tertinggi daripada UPM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :08 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SERDANG: Berita Harian (BH) dinobat penerima anugerah kategori Liputan Media Tertinggi Keseluruhan pada Majlis Promosi Universiti Putra Malaysia (UPM) Bersama Media 2025 di sini, malam ini. Anugerah itu disampaikan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah kepada wartawan BH, Fahmy A Rosli. Selain BH, satu lagi penerbitan di bawah The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) iaitu Harian Metro menerima anugerah Liputan Penyelidikan Tertinggi. Anugerah itu diterima Pengarang Berita Kanan HM, Sufian Thauri Muhammed. Sementara TV3 menerima sijil penghargaan pada majlis berkenaan. Pada majlis sama, 19 ahli akademik dan seorang pegawai bukan akademik UPM menerima Anugerah Visibiliti Media UPM 2024.   UPM turut menghargai dua kakitangan bukan akademik iaitu Chai Sen Tyng dan Siti Fatimah Abdul Ghani yang banyak menyumbang dalam kepakaran kepada masyarakat melalui media.   Ahmad Farhan berkata, majlis diadakan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara UPM dan media, sekali gus sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan dalam mengetengahkan pencapaian dan inisiatif universiti. "Pentingnya peranan media dalam membantu UPM menyampaikan agenda ilmu, pertanian dan kelestarian kepada masyarakat. "Media bukan sekadar saluran maklumat tetapi rakan strategik dalam memperluaskan capaian dan impak universiti kepada negara dan dunia," katanya pada majlis itu. Penghargaan diberikan pihak media yang menyumbang secara signifikan dalam liputan berita berkaitan UPM sepanjang tahun lalu melalui 11 kategori anugerah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035