Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Lembah Bertam jadi ‘lembah plastik’ – Sultan Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :11 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
CAMERON HIGHLANDS – “Lembah Bertam bukan seperti dahulu lagi, kini sudah bertukar menjadi ‘lembah plastik’.” Itu titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan rasa kecewa melihat wajah kawasan tanah tinggi itu berubah ekoran lambakan plastik yang mencacatkan keindahan semula jadinya. Baginda bertitah, keadaan itu tidak lagi menggambarkan keindahan Lembah Bertam pada zaman dahulu sebaliknya kini penuh dengan plastik sehingga hilang identiti asalnya. “Saya mungkin mahu tukar nama lembah ini kerana plastik terlalu banyak sangat dan langsung tidak menggambarkan kecantikan Lembah Bertam yang sebenarnya seperti di zaman dahulu. “Namun tak apa, nasi sudah jadi bubur, kita tak mahu menuding jari, semua pihak perlu bertanggungjawab,”titah baginda ketika merasmikan Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH) Agropark Fasa 1 di Tringkap, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menegaskan aktiviti pembukaan tanah tinggi di Cameron Highlands tidak boleh lagi dilakukan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira ketinggian atau cerun bukit. “Saya sudah maklumkan kepada kerajaan negeri dan barisan Exco supaya perkara ini diberi perhatian serius dan dijadikan penanda aras untuk projek-projek akan datang.   “Tuan punya projek juga mesti bertanggungjawab pada bukit atau tanah yang dipotong,”titah baginda lagi.-KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035