Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Latifah Arifin
Title :Sultan Nazrin sampaikan Anugerah Cemerlang Universiti Malaysia 2024
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :20 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Canselor Universiti Malaya (UM) hari ini menyampaikan anugerah kepada kakitangan universiti berkenaan, pusat penyelidikan dan badan korporat pada majlis Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) 2024. Majlis anugerah kali ke-14 itu adalah acara tahunan UM bagi memberi penghargaan dan mengiktiraf warganya serta rakan kerjasama yang menunjukkan pencapaian cemerlang dan memberikan sumbangan signifikan ke arah memperkukuh reputasi universiti itu. ACUM 2024 bertemakan 'Pencetus Kecemerlangan' itu menampilkan 45 kategori antaranya Pentaksiran Alternatif Inovatif, Pengajaran Cemerlang, Pentadbir Akademik Terbaik, Penyelidik Muda Cemerlang, Tokoh Penyelidik, Rakan Korporat dan Rakan Cemerlang. Seramai 59 penerima diraikan merangkumi sumbangan mereka dalam pelbagai bidang iaitu pengajaran, penyelidikan, inovasi, kepemimpinan, perkhidmatan profesional dan sokongan. Yang turut hadir, Pro Canselor UM, Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong; Pro Canselor UM, Tan Sri Datuk Zainun Ali; Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Zarinah Anwar dan Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman. Noor Azuan dalam ucapannya berkata, ACUM 2024 adalahmanifestasi penghargaan tertinggi universiti kepada warganya yangmenunjukkan pencapaian luar biasa dalam bidang masing-masing. Katanya, kecemerlangan individu dan kolektif yang diraikan turut menyumbang secara langsung kepada peningkatan reputasi UM di peringkat nasional dan antarabangsa. "UM telah melangkaui sasaran dengan perolehan geran sebanyak RM163.37 juta pada 2024, peningkatan sebanyak 42 peratus berbanding tahun sebelumnya. "Peningkatan ini mencerminkan keyakinan pelbagai pihak terhadap keupayaan penyelidik UM serta kekuatan ekosistem penyelidikan yang terus berkembang secara mampan dan berimpak. "Sumbangan penyelidikan ini diterjemahkan kepada penghasilan sebanyak 4,325 penerbitan sepanjang 2024 iaitu meningkat sebanyak 15 peratus berbanding 3,749 penerbitan bagi 2023," katanya ketika berucap pada Majlis ACUM 2024yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, UM, di sini, hari ini. Pada majlis sama ,Profesor di Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Prof Dr Stefanie Shamila Pillai dinobatkan sebagai penerima anugerah utama ACUM 2024 iaitu Anugerah Tokoh Akademik UM. Stefanie adalah warga Malaysia pertama yang mendokumentasi dan mengarkibkan bahasa terancam di Malaysia, iaitu bahasa Portugis Melaka melalui Program Dokumentasi Bahasa Terancam. Beliau yang berkhidmat lebih tiga dekaddi UM berkata, pengiktirafan itu menunjukkan tugasnya sebagai pengkaji bahasa diangkat sama penting dengan bidang lain. "Walaupun saya adalah pengkaji bahasa, bukan saintis , namun masih boleh memberikan impak kepada komuniti. Inilah semangat yang UM tanam dalam jiwa setiap warganya. "Untuk bahasa Portugis Melaka, kajian dimulakan pada 2011 dan ia turut diarkibkan secara digital dan dihasilkan satu aplikasi untuk membolehkan orang ramai mempelajarinya. "Ini antara cara saya menghidupkan semula bahasa kerana ia bukan hanya mengenai komunikasi tetapi penerapan budaya kita," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035