Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
Title :UPM kenal pasti program kurang menyerlah, kompetitif
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :15 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) sudah membuat analisis kompetitif bagi semua program akademik di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan. Naib Canselor UPM, Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata berdasarkan analisis itu, beberapa program didapati kurang menyerlah dan kompetitif. Katanya, ia termasuk dari aspek pemilihan pelajar dan kebolehpasaran namun pihaknya sudah meminta pihak terbabit mengadakan analisis terperinci. "Bagaimanapun semua program di UPM sentiasa ditambah baik supaya ia relevan dan mempunyai elemen terkini seperti penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI)," katanya kepada BH. Semalam, BH melaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah mengenal pasti kursus yang perlu disemak semula di institut pengajian tinggi (IPT) supaya relevan dengan keadaan semasa. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ia berikutan ada segelintir fakulti atau jabatan tertentu yang ditubuhkan 20 hingga 30 tahun lalu diwujudkan berdasarkan keperluan pasaran ketika itu. Mengulas lanjut, Ahmad Farhan berkata, setakat ini Senat belum mencadangkan sebarang penutupan program di peringkat ijazah pertama. "Namun ada beberapa program di peringkat ijazah tinggi yang mungkin akan ditutup sekiranya prestasi masih tidak memuaskan," katanya yang belum bersedia mendedahkan program terbabit.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035