Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Asrol Awang
Title :Kecemerlangan UMPSA terus diakui peringkat ASEAN, global
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :19 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Kedudukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) antara 101-200 terbaik dalam penarafan Times Higher Education Impact Rankings (THEIR) 2025 yang diumum semalam terus mengukuhkan kedudukan universiti itu. Pada masa sama, UMPSA sebagai hab Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termaju di rantau ASEAN yang berteraskan kecemerlangan akademik, jaringan global dan keupayaan penghasilan graduan yang berkualiti tinggi. Justeru, UMPSA sebagai universiti terbaik dalam Jaringan Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) terus merealisasikan aspirasi kecemerlangan yang dicapai menerusi pemerkasaan akademik dan hasil penyelidikan berimpak. Selain itu, UMPSA menghasilkan graduan cemerlang untuk menjadi modal insan berkualiti dalam memacu pembangunan negara cemerlang. Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata UMPSA bukan sahaja melahirkan graduan kompeten, malah menjadi pemangkin transformasi TVET melalui program pengantarabangsaan akademik, iaitu program signature universiti itu. Katanya, sehingga kini, UMPSA adalah satu-satunya universiti awam (UA) yang melaksanakan 11 program ijazah dual dengan kerjasama rakan strategik, Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA) yang kini masuk tahun ke-15. "Selain itu, Mannheim University of Applied Sciences (HMA) Jerman, Beijing Jiaotong University (BJTU) dan Tianjin University, China, Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU), Kazakhstan dan yang terkini dengan Hanyang University Erica Campus, Korea Selatan. "Oleh itu, UMPSA komited menyediakan bakat tempatan yang mahir dalam bidang teknologi dan menjadi semakin penting bagi negara memanfaatkan peluang ekonomi berkaitan. "Program ijazah dual ini dijangka membuka lebih peluang meneroka kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran dalam bidang kejuruteraan serta teknologi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan," katanya. Realisasikan UMPSA peneraju TVET Termaju UMPSA melakar sejarah berjaya menerima pengiktirafan Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) dengan Status Akreditasi Tahap Emas daripada Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC). Akreditasi antarabangsa itu menjadikan UMPSA sebagai UA dan MTUN pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang TVET di Asia Pasifik. Dalam memperluas akses pendidikan tinggi negara, UMPSA juga berbangga apabila diiktiraf sebagai salah satu daripada empat universiti yang dilantik Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai Pusat Verifikasi Kualiti (QVC) dalam menjalankan penilaian verifikasi kualiti Stand-alone Micro-credentials (SAMC) bagi tahap Sijil (T-3) hingga Ijazah Kedoktoran (T-8) tertakluk kepada syarat-syarat yang selari dengan piawaian Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Selain itu, UMPSA juga kini mempunyai Pusat Serantau Kemahiran Vokasional China-Malaysia dengan penubuhan China-Malaysia Chinese Plus Vocational Skills Regional Development Center (Malaysia) hasil jalinan kerjasama dengan Center for Language Education and Cooperation (CLEC) dan Hebei University. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas buat warga UMPSA atas pencapaian cemerlang universiti. Sumbangan PROTON perkasa pengajaran dan pembelajaran UMPSA menerima suntikan baharu dalam usaha memperkasa pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi automotif apabila menerima sumbangan dua unit kenderaan Proton X50 daripada syarikat pengeluar kereta nasional, PROTON baru-baru ini. Prof Dr Yatimah berkata, sumbangan itu antara komitmen PROTON dalam menyokong pembangunan pendidikan tinggi negara serta memperkukuh hubungan strategik antara industri dan institusi akademik. "Kenderaan ini akan digunakan sebagai alat bantu mengajar di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), khususnya dalam kursus berkaitan teknologi kenderaan pintar, sistem elektrikal automotif dan teknologi automasi moden. Dalam pada itu, katanya, PROTON juga menerima Anugerah Kualiti Kerjasama Industri bagi Kategori Rakan Industri Terbaik sempena Majlis Kualiti dan Inovasi UMPSA. CITREX pamer inovasi, kreativiti pelajar Mengangkat tema 'Inovasi Pemacu Kelestarian Masa Hadapan', penganjuran 15th edition Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2025 menghimpunkan lebih 200 produk penyelidikan dan inovasi hasil kajian penyelidik UMPSA. Selain itu, institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah dan pihak industri dalam usaha mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi yang menyokong agenda Revolusi Industri Keempat dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Pada masa sama, Karnival Kerjaya UMPSA 2025 yang dianjurkan turut menyediakan lebih 250 peluang kerjaya dan latihan industri melalui temu duga terbuka dan pameran kerjaya lebih 20 syarikat. Program International Young Future Leaders Summit (iFUTURE) peringkat UMPSA yang diadakan adalah aspirasi KPT memastikan generasi pelapis pemimpin negara didedahkan dalam pelbagai isu nasional dan global. Ia dilaksanakan menerusi plat- form wacana, dialog antarabangsa bersama mahasiswa UMPSA dan mahasiswa negara ASEAN serta sesi libat urus dalam menyediakan wahana dan peluang kepada mahasiswa untuk penyerlahan bakat kepemimpinan, meningkatkan kualiti keilmuan, mengukuhkan keterampilan kendiri serta memartabatkan perwatakan glokal dan global sebagai agen nukleus memberdayakan pemimpin masa hadapan negara. Sebagai menggalakkan inisiatif sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), Hari Terbuka UMPSA turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Robot Sumo TVET, Jelajah Kampus (Campus Tour) dan Celik Keusahawanan Inovasi Teknologi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035