Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :UMT gesa kerajaan Terengganu kawal aktiviti pelancongan di Taman Laut
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :22 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berharap kerajaan negeri akan meningkatkan kawalan terhadap aktiviti pelancongan di kawasan taman laut bagi mengelak lebih banyak kes kematian penyu. Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT, Prof Madya Dr Mohd Uzair Rusli, berkata pemanduan bot laju yang tidak terkawal dan kehadiran pelancong tanpa had di sesebuah lokasi boleh memberi tekanan kepada ekosistem marin. Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja mengancam spesies terancam seperti penyu yang berlegar di kawasan cetek untuk mencari makanan, malah menjejaskan kesihatan terumbu karang. "Lebih membimbangkan penyu di kawasan taman laut diketahui sangat jinak dan tidak menghiraukan kehadiran manusia dan bot. "Ini meningkatkan lagi risiko pelanggaran apabila bot bergerak dengan kelajuan tinggi di kawasan perayauan penyu. Berdasarkan maklumat tidak rasmi daripada komuniti setempat, dianggarkan dua penyu mati setiap bulan di sekitar kawasan Pulau Redang," katanya dalam kenyataan hari ini. Sehubungan itu, Mohd Uzair meminta pihak berkuasa mengambil beberapa langkah seperti aktiviti penguatkuasaan lebih tegas, memperkasa kerjasama rentas agensi dan komuniti serta meningkatkan tahap kecekapan pemandu bot, termasuk pengetahuan mengenai zon larangan, kelajuan dan habitat sensitif hidupan marin. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bedah siasat seekor penyu betina yang ditemukan mati di Teluk Dalam, Pulau Redang pada Jumaat lepas mendapati punca kematian haiwan itu disebabkan kecederaan parah pada paru-paru, dipercayai akibat hentakan kuat pada bahagian cengkerang. "Pemerhatian juga mendapati berlaku pendarahan dalaman dan keradangan organ pernafasan yang menyebabkan penyu berusia 10 tahun itu lemas. "Insiden ini menimbulkan kebimbangan serius pihak UMT terhadap perkembangan sektor pelancongan yang pesat di kawasan taman laut," katanya. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035