|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengorak langkah memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara melalui penganjuran Hari Terbuka UMPSA 2025.
Program dua hari berakhir Khamis lalu itu dianjurkan sempena sambutan Hari TVET Negara, berlangsung di Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang, di sini. Ia dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib dan Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias.
Mohd Soffi berkata, Kerajaan Pahang komited dalam memperkasakan Pendidikan TVET sebagai pemacu pembangunan masa depan negeri dan negara.
Katanya, TVET adalah platform pembangunan modal insan yang bersifat masa hadapan serta berkait rapat dengan industri.
"Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif melalui pelbagai inisiatif seperti penubuhan Akademi Rel Pahang dan biasiswa TVET untuk anak-anak negeri.
"Saya berbangga melihat UMPSA berada di hadapan dalam memperkenalkan TVET bertaraf antarabangsa, termasuk program mobiliti pelajar ke luar negara, kerjasama akademik-industri dan pembangunan kampus pintar.
"Saya menzahirkan penghargaan terhadap usaha UMPSA yang terus menerajui bidang TVET bertaraf antarabangsa melalui kerjasama strategik bersama industri dan institusi global seperti Beijing Jiaotong University (BJTU)," katanya.
Sementara itu, Dr Yatimah berkata, Hari Terbuka UMPSA dianjur bagi menyemarakkan sambutan Hari TVET Negara yang dirangka sebagai platform inklusif untuk menghubungkan pelbagai pihak, iaitu pelajar, komuniti, industri dan pembuat dasar dalam ekosistem pendidikan tinggi yang holistik.
Beliau juga memperincikan mengenai program International Young Future Leaders Summit (iFUTURE'25 @UMPSA), platform strategik nasional diilhamkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai medan terbaik untuk memperkasa kepimpinan mahasiswa berjiwa Malaysia.
"Ia membuka ruang untuk generasi pelapis negara memahami dan membincangkan isu-isu nasional serta global melalui wacana, dialog dan sesi libat urus bersama pemimpin," katanya |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |