|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| SHAH ALAM: Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM di sini, sudah bersedia memperluaskan komitmen ke peringkat komuniti dan agensi kerajaan dalam memupuk kesedaran serta amalan gaya hidup sihat menerusi Program Wellness X 32.
Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Prof Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin berkata ia susulan sambutan luar biasa diterima pihaknya menerusi penganjuran program terbaharu itu di di sini, kelmarin.
Katanya, seramai 2,300 peserta menyertai program itu termasuk 133 kalangan orang awam merangkumi 50 orang dari Pusat Aktiviti Warga Emas Putrajaya dan Rumah Penjagaan Damai.
"Kami sudah bersedia untuk memperluaskan program Wellness X ini ke peringkat komuniti luar UiTM termasuk agensi-agensi kerajaan dan pihak korporat.
"Ada beberapa agensi kerajaan yang sudah pun menyatakan minat berkolaborasi dengan FSR untuk mengadakan program ini pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Raja Mohammed Firhad berkata program kali ini yang diadakan di Pusat Sukan UiTM, bertemakan 'Komuniti Sihat, Generasi Sihat'.
Katanya, susulan sambutan luar biasa diterima, Program Wellness X 32 kali ini di adakan dua sesi khas iaitu petang dan malam.
"Sebelah petang ia membabitkan warga emas manakala malamnya membabitkan pelajar UiTM dan orang awam," katanya.
Pengarah Program Wellness X 32, Nur Inessa Khalilah Mohamed Aidi Shahriz pula berkata program anjuran pelajar FSR ini adalah antara amat dinanti-nantikan oleh warga UiTM setiap tahun.
Katanya, program yang mempromosikan aktiviti kecergasan senamrobik ini turut mendapat sokongan daripada penaja seperti Bio're, Adabi, Makerz, Gardenia, Sportflex, Mukbang dan Physiocare.
Menurutnya, ia dikendalikan sendiri oleh pelajar dan mengunakan khidmat serta kepakaran pensyarah FSR sendiri sebagai Instruktor.
"Ini adalah peluang berharga bagi kami untuk mempraktikan ilmu dipelajari dan dalam masa sama menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat," katanya. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |