Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Wanita didakwa tanam musang king di tanah kerajaan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :13 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menceroboh tanah milik kerajaan negeri di Sungai Pertang, mukim Gali dengan menanam durian musang king dan membina pondok tanpa kebenaran. Tertuduh, Yong Lain Kien, 47, yang dituduh mengikut Seksyen 425 (1)(a) Kanun Tanah Negara (Akta 828) Pindaan 2020 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali. Lain Kien didakwa menduduki tanah kerajaan di koordinat (U 3°44’18.83″ T102°1’40.07″) dan (U 3°44’18.23″ T 102°1’40.90′) pada pukul 11.19 pagi, 9 Ogos tahun lalu. Sabit kesalahan, Lain Kien boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya. Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Hasmadi Mahyudin dan Nurul Ain Wozzari menawarkan jaminan RM10,000, namun tertuduh merayu supaya jumlah itu dikurangkan dengan alasan tidak bekerja dan menyara dua anak yang bersekolah. Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035