Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :PDRM minta bantuan Interpol jejak suspek curi cip kasino RM3 juta
Faculty :Kosmo
Year of Publication :18 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian cip kasino bernilai RM3 juta di Genting Highlands pada 2 Ogos lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, maklumat mengenai suspek berusia 44 tahun itu telah diserahkan kepada Interpol selepas hasil siasatan mendapati dia dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara. “Kita percaya suspek utama itu kini berada di luar negara. “Polis juga telah menghantar maklumat kepada pihak Interpol untuk mendapatkan bantuan mengesan pergerakan serta lokasi semasanya,”katanya selepas merasmikan Town Hall Discussion Satu Felda, Satu Tekad: Bebas Dadah, Kukuh Muafakat Sempena Kembara Ketua Polis Pahang Tahun 2025 di Dewan Semai Bakti Felda Mempaga 1, di sini hari ini. Menurut beliau, siasatan setakat ini tidak menemui penglibatan orang bawahan atau individu lain, namun polis memberi tumpuan penuh terhadap penangkapan suspek pertama terlebih dahulu. “Kita akan fokus mengesan suspek utama dulu dan jika ada maklumat baharu atau bukti penglibatan orang lain, tangkapan susulan akan dibuat,”katanya. Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Victor Lee, diburu polis atas kehilangan cip di sebuah bilik kasino tertutup di Genting Highlands.   Suspek yang dipercayai bekas pekerja kasino terbabit dan berasal dari Kajang, Selangor disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035