Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Bas persiaran rempuh dua kenderaan di Genting Highlands
Faculty :Kosmo
Year of Publication :10 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG – Sebuah bas persiaran yang dipercayai gagal dikawal merempuh dua buah kenderaan termasuk sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 17 jalan turun Genting Highlands, di sini hari ini. Akibat kejadian kereta jenis Perodua Myvi dan MPV jenis Toyota Innova itu terbabas ke bahu jalan, manakala pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu bas berkenaan dinaiki 22 orang termasuk 20 warga Vietnam yang dalam perjalanan dari Genting Hinghlands menuju ke Batu Cave di Selangor. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Ibrahim berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.55 petang mendapati kesemua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbabas di bahu jalan. “Pasukan bomba bertindak memastikan tiada mangsa yang tersepit. Mangsa pemandu Perodua Myvi cedera ringan dan telah dihantar ke Klinik Genting di sini,” katanya di sini, hari ini.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035