Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Ashari Abu Samah dilantik Ketua Polis Kuantan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :8 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dilantik sebagai Ketua Polis Kuantan baharu berkuatkuasa hari ini. Ashari menggantikan Senior Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat polis Kontinjen Perak. Majlis serah terima tugas antara Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohd Adli Mat Daud dan Ashari disaksikan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini. Ashari sebelum ini pernah menjawat jawatan Ketua Polis Cameron Highlands pada 2018 sebelum menjadi Ketua Polis Wangsa Maju pada 2024 dan menjadi Ketua Polis Alor Gajah pada 2024. Ashari yang telah 25 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, kenaikan pangkat dalam pertukarannya kali ini datang dengan amanah dan tanggungjawab besar dalam menjalankan tugas dengan baik. “PDRM satu pasukan dan saya akan pastikan kerja secara berpasukan yang baik seperti sebelum ini diteruskan,”katanya di sini hari ini. Sementara itu Yahaya berkata, dia menaruh keyakinan pengalaman luas yang dimiliki Ashari dapat memimpin pegawai dan anggota IPD Kuantan dengan baik, cemerlang dan terpuji.   Katanya, kenaikan pangkat atas pelantikan sebagai ketua polis Kuantan itu datang bersama dengan amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan baik.- KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035