Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :R&D, teknologi tempatan lonjak industri getah negara
Faculty :Kosmo
Year of Publication :8 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR – Penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta teknologi tempatan dilihat sebagai pemangkin dalam meningkatkan keupayaan eksport negara menerusi industri getah tempatan. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, ia sekali gus membolehkan negara mencatatkan lebih RM33 bilion nilai eksport getah dan produk berasaskan getah setahun. “Kekuatan teknologi dan R&D yang dibangunkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) membolehkan getah asli diimport, diproses dalam negara. “Walaupun negara kekurangan pengeluaran dan mengimport purata RM7.5 bilion getah asli setahun, ia membolehkan getah asli yang diproses itu dieksport semula dengan nilai tinggi dengan kekuatan teknologi hiliran dan pemprosesan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini. Menurut Johari, Kementerian Perladangan dan Komoditi juga komited dalam memastikan 400,000 hektar kebun getah tidak aktif atau terbiar dapat dimanfaatkan semula. “Malaysia mempunyai 1.1 juta hektar ladang, tetapi yang diusahakan kira-kira 60 peratus. Kita masih ada lagi 40 peratus ladang-ladang getah yang tidak diusahakan.   “Jadi kementerian sedang melihat pendekatan baharu termasuk melalui kerjasama agensi seperti LGM dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah agar kegiatan di peringkat huluan dapat dipertingkatkan,” ujarnya. Sejak ditubuhkan, LGM telah mengkomersialkan lebih 200 teknologi R&D dan mendaftarkan 394 paten, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat inovasi getah global. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035