Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Noor Atiqah Sulaiman
Title :UM, Universiti Tokyo meterai MoU kerjasama penyelidikan, inovasi, modal insan
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :11 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) dan University of Tokyo memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan. Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, usaha itu bukan saja mampu memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Jepun, tetapi turut menyumbang secara signifikan ke arah integrasi pendidikan tinggi ASEAN–Jepun dan kemajuan serantau. Katanya, MoU itu turut mencerminkan keyakinan bersama bahawa masa depan Asia akan dibentuk melalui bilik kuliah, makmal dan platform kerjasama. "Kita sedang menyemai benih untuk impak jangka panjang yang akan memberi manfaat besar kepada pelajar, penyelidik, industri dan negara untuk generasi akan datang. "Kerjasama ini turut membabitkan penubuhan pusat kecemerlangan bersama, pengukuhan jaringan akademik-industri, serta pembangunan platform kolaboratif untuk pembabitan dasar serantau. "Gabungan kekuatan global University of Tokyo dalam bidang sains dan teknologi serta kepakaran serantau UM dalam transformasi digital, pembangunan mampan dan pemerkasaan modal insan menjadikan inisiatif ini amat strategik. "Ini bukan sekadar kerjasama antara institusi, tetapi mencerminkan anjakan strategik dalam peranan pendidikan tinggi dalam membentuk masa depan negara dan rantau ASEAN. "UM berbesar hati menjalin kerjasama bersama universiti terbaik Jepun dalam memacu inovasi serantau, memperkukuh dialog dasar dan memperkasa pembangunan bakat global," katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam rangka lawatan rasmi ke Tokyo, Noor Azuan turut mengadakan pertemuan bersama Presiden University of Tokyo, Profesor Fujii Teruo bagi merangka agenda masa depan yang menumpukan kepada kerjasama penyelidikan dan pembangunan bakat. Bidang tumpuan utama merangkumi ekonomi digital, peralihan tenaga hijau, kecerdasan buatan, robotik, keselamatan makanan dan rantaian bekalan, serta inovasi semikonduktor. "Antara komponen utama kerjasama ini termasuklah inisiatif mobiliti pelajar, program pascasiswazah bersama, dan projek penyelidikan kolaboratif yang disokong oleh geran padanan berjumlah sehingga USD 100,000. "Kedua-dua institusi juga sedang meneroka pelaksanaan program biasiswa berstruktur bagi melahirkan cendekiawan global yang kompetitif dan berorientasikan penyelidikan," katanya. Mengulas lanjut, Noor Azuan menegaskan masa depan daya saing Malaysia terletak pada keupayaan untuk bekerjasama, berinovasi dan menerajui perubahan. "Kerjasama ini membuka ruang untuk UM memanfaatkan kemajuan teknologi terkini dari Jepun, di samping menonjolkan impak UM yang kian berkembang di Asia Tenggara dan Selatan Global. "Jalinan kerjasamaini turut diperkukuh menerusi pembabitan Yayasan UaiTED yang berperanan sebagai jambatan antara sektor akademik dan industri. "Yayasan ini akan menyokong pertukaran bakat, pembangunan kemahiran global, serta membina kerjasama tiga sektor melibatkan UM, University of Tokyo dan pihak industri," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035