Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :159 mahasiswa UiTM Sabah terima bantuan KPT-PTPTN MADANI
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :14 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KOTA KINABALU: Seramai 159 mahasiswa kurang berkemampuan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah menerima bantuan kewangan sekali beri RM500 di sini, hari ini bagi meringankan beban kewangan mereka. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata peruntukan berjumlah RM79,500 itu, diagihkan melalui program Bantuan Pengajian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) MADANI (KPT-PTPTN MADANI). "Program ini langkah positif dalam memastikan setiap pelajar berkelayakan mendapat akses kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira latar belakang kewangan mereka seiring dengan komitmen KPT dan PTPTN dalam memperkasakan pendidikan tinggi di Malaysia. "Bantuan ini manifestasi keprihatinan KPT dan PTPTN terhadap golongan pelajar yang memerlukan sokongan kewangan untuk meneruskan impian mereka," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian bantuan itu di UiTM Sabah di sini hari ini. Zambry berkata bantuan berkenaan disalurkan pelbagai pihak kepada PTPTN dan seterusnya diagihkan kepada pelajar sangat memerlukan untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, beliau turut meminta ibu bapa untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk masa depan pendidikan anak, yang boleh dibuka selepas kelahiran anak. "Simpan sedikit demi sedikit pun boleh, kerana simpanan akan bertambah dan boleh digunakan untuk anak melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi," katanya. Sementara itu, PTPTN dalam kenyataan memaklumkan, setakat ini 1,962 penuntut di 16 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima bantuan berjumlah RM981,000, sejak bantuan itu dilaksanakan pada 2022. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035