Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :2 pelajar UnIPSAS maut nahas dengan ambulans
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :15 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Dua pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah ambulans di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Jalan Gambang, di sini hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 21 dan Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, 22. "Siasatan awal mendapati van ambulans dalam perjalanan membawa pesakit dari arah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini ke arah Bukit Rangin, di sini kira-kira jam 11 pagi. "Ketika ambulans membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat dengan menggunakan siren, sebuah motosikal dari arah Gambang, di sinidipercayai melanggar ambulans. "Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan HTAA. "Pemandu ambulans berusia 49 tahun bersama pembantu ambulans berusia 43 tahun mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital," katanya. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementara itu, menerusi hantaran Facebook rasmi UnIPSAS, universiti itu berdukacita atas pemergian dua pelajar yang terbabit dalam kemalangan. "Muhammad Zuhair Rifqi, pelajar Diploma Pengajian Quran dan Sunnah manakala Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman. "Pihak universiti merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kedua-dua pelajar dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. "UnIPSAS turut menyeru warga kampus untuk bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan arwah," menurut kenyataan itu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035