Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Pahang
Main Author :-
Title :RISDA, UMPSA teroka potensi hasilkan biofuel daripada getah sekerap
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :16 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memulakan kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi meneroka potensi penghasilan biofuel daripada getah sekerap, dalam usaha memperkasa pekebun kecil. Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha menyokong Aspirasi Desa MADANI, cetusan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang komited terhadap pembangunan teknologi hijau untuk manfaat lebih 508,000 pekebun kecil di seluruh negara. Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib, melawat Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses serta Pusat Kajian Biomatik UMPSA, baru-baru ini bagi berbincang perkongsian kemudahan, pembangunan prototaip dan latihan teknikal dalam teknologi biofuel mesra alam. Beliau berkata, inisiatif biofuel bukan sahaja menyumbang kepada agenda peralihan tenaga negara, malah membuka ruang baharu kepada pekebun kecil untuk menjana peningkatan tambahan kepada pekebun kecil. Katanya, kejayaan usaha itu mampu meningkat dan menstabilkan harga getah asli tempatan. Beliau berkata, UMPSA sedia menyumbang kepakaran penyelidikan dan kemudahan seperti makmal pemprosesan bahan, sistem analisis bahan api alternatif dan teknologi prototaip. "RISDA sudah melakukan penyelidikan awal yang menunjukkan kandungan karbon dalam getah sekerap sangat tinggi dan berpotensi dijadikan sumber tenaga alternatif yang setanding dengan bahan api fosil. "Kajian ini memberikan asas kukuh untuk membangunkan teknologi pemprosesan berskala industri dengan sokongan rakan akademik seperti UMPSA," katanya. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Md Najip Ishak dan Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan UMPSA, Dr Abdul Adam Abdullah. Manndzri berkata, kerjasama RISDA dan UMPSA mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di bawah pimpinan Ahmad Zahid yang menyasarkan peningkatan daya saing dan kesejahteraan pekebun kecil melalui penggunaan teknologi inovatif. Katanya, kerjasama berkenaan mencerminkan keupayaan sektor pertanian negara untuk meneroka teknologi hijau, sekali gus menyumbang ke arah masa depan sektor komoditi getah negara yang lebih lestari.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035