Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Jangan ada kegiatan songsang di Pahang, titah Al-Sultan Abdullah
Place of Production :Pekan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :02/12/2025 21:48 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri ini. Mengulas berkenaan isu yang berlaku dan hangat diperkatakan kini, baginda mengakui terkejut dengan perkara berkenaan dan berharap agar kegiatan seumpamanya dihentikan. "Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini...saya harap ini tidak berlaku di Pahang. Saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini dan saya minta juga Majlis Perbandaran di semua daerah memantau kegiatan seumpama ini. "Kalau ada pun tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini (spa) dapat dipantau dengan lebih rapi supaya tidak ada kegiatan songsang ini berlaku di negeri Pahang," titah baginda yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini. Dalam pada itu, baginda turut bertitah tindakan sewajarnya perlu diambil jika terdapat mana-mana pihak terlibat atau menyediakan ruang untuk kegiatan berkenaan. Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 208 individu ditahan dalam serbuan terhadap sebuah premis kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti tidak bermoral di ibu negara, Jumaat lepas. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035