Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Wartawan BH
Title :UniMAP, UniSIRAJ intai potensi kerjasama dua hala dengan IPT, sektor berkaitan di Indonesia
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :22 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) mengintai potensi kerjasama strategik dua hala di dengan institusi pengajian tinggi (IPT) serta sektor berkaitan di Indonesia. Perkara itu antara dibincangkan ketika pertemuan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi Indonesia, Prof Brian Yuliarto di sini. Selain UniMAP dan UniSIRAJ, IPT lain yang beroperasi di Perlis seperti Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Arau, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis akan turut menerokai usaha memperkukuh jaringan ilmu dan pembangunan teknologi serantau dengan institusi di negara serumpun itu melalui kekuatan dan kemampuan tersendiri masing-masing. Raja Muda Perlis adalah Canselor UniMAP UniSIRAJ yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), yang bernaung sepenuhnya di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Istana Arau melalui kenyataan memaklumkan, pertemuan bersama Brian yang berada di ibu negara untuk lawatan kerja itu turut diiringi Sigit P Santosa selaku Presiden Direktor PT Pindad (PERSERO), enterprise milik negara dalam sektor pertahanan yang tidak asing lagi. Silatulrahim Perlis dan Indonesia tambah akrab dengan kewujudan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di Perlis, satu-satunya kampus milik penuh Universitas Muhammadiyah di luar negara Indonesia. Tuanku Syed Faizuddin bertitah penubuhan UMAM di Perlis diharapkan dapat terus menjadi pemacu dalam menyediakan tawaran pendidikan yang kondusif serta dapat terus mengisi 'dahaga' masyarakat terhadap keperluan pendidikan di nusantara ini. Beberapa inisiatif bersama juga sudah pun dalam perancangan untuk dilaksanakan sepanjang September akan datang membabitkan Perlis dan juga Indonesia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035