Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Pelajar Orang Asli Jakun dapat tawaran belajar di Universiti of Manchester
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :15 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pelajar Orang Asli suku Jakun yang mendapat keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di University of Manchester, United Kingdom. Roziana Tan Beng Hai, 20, berkata beliau memilih bidang ekonomi dan sosial (Economic and Social Studies) kerana berhasrat untuk meningkatkan taraf ekonomi bangsanya serta menjadi pegawai ekonomi. "Saya adalah orang pertama dari Kampung Mentelung, Rompin yang melanjutkan pelajaran dalam STPM. Di kampung saya, tidak ramai yang berpendidikan tinggi dan kebanyakan daripada mereka adalah dalam kategori B40. "Jadi, saya harap dapat meningkatkan taraf hidup dan peluang pekerjaan untuk masyarakat saya. "Pada masa sama, sudah tiba masanya saya membalas pengorbanan yang diberikan ibu sepanjang membesarkan saya," katanya kepada media selepas Majlis Anugerah Murid Cemerlang SPM dan STPM 2024 anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di sini, hari ini. Gadis berusia 20 tahun itu mahu membalas jasa ibunya, Rohani Lamwan, 56 yang juga ibu tunggal yang sentiasa memberikan dorongan untuk memastikannya beroleh kejayaan dalam pembelajaran. "Sebagai penoreh getah dan kini bekerja di ladang sawit, ibu banyak berkorban dan sebagai anak saya berusaha melakukan yang terbaik. "Dengan pencapaian ini, saya sudah memberikan sesuatu dan ibu akan mengingati serta pergorbanannya juga tidak sia-sia," katanya Sebagai persiapan untuk ke universiti di ranking ke-53 dunia itu, Roziana berkata beliau sedang bersedia untuk menduduki Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS) pada 19 Julai ini. Bagi penerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 9A, Siti Norawani Mama Almi, 18 gembira dengan pencapaian itu. Katanya, lebih menggembirakan apabila menerima tawaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Dato' Razali Ismail di Kuala Terengganu, Terengganu pada 11 Ogos ini. "Dengan tawaran ini, impian untuk menjadi guru tercapai kerana saya suka mengajar," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Zamri Mustajap, berkata seramai 149 orang menerima anugerah dan insentif sebagai pengiktirafan atas kejayaan dalam peperiksaan SPM dan STPM 2024. Dengan pencapaian itu, katanya, jumlah pelajar Orang Asli yang berjaya dalam pendidikan semakin meningkat. "Saya percaya jika momentum kejayaan ini berterusan dibantu dengan dasar kerajaan selain sebagai agen perubahan, Insya-Allah lebih ramai masyarakat luar bandar akan terus berjaya dan kita mampu atasi masalah keciciran dalam pelajaran," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035