|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja Berita Harian sempena sambutan ulang tahun ke-68, hari ini.
Baginda berdua menyanjung tinggi usaha Berita Harian dalam menyampaikan maklumat yang tepat, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat jelata.
"Sebagai antara media arus perdana yang berpengaruh, Berita Harian telah memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang berilmu, peka dan berdaya saing.
"Adalah menjadi harapan baginda berdua agar Berita Harian akan terus menjadi platform media yang berwibawa dan dipercayai serta kekal menyumbang kebaikan kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
"Tahniah dah teruskan kegemilangan," menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, hari ini. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |