Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Fazli Ahmad
Title :Sultan Pahang ziarah keluarga imam meninggal dunia ketika solat Jumaat
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :22 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan berangkat menziarahi keluarga Imam 2 Masjid Ar Rahmat, di sini hari ini yang meninggal dunia ketika mengimamkan solat Jumaat pada 18 Julai lalu. Baginda yang diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di rumah keluarga Allahyarham Tengku Badri Tengku Jaafar, 60, di FELDA Lembah Klau, di sini kira-kira jam 12.15 tengah hari. Ketibaan baginda berdua disambut balu Allahyarham, Puziah Musa, 57, serta ahli keluarga. Menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, Al-Sultan Abdullah meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni keluarga imam terbabit. Baginda turut menitip titah semangat dan mengurniakan sumbangan untuk keluarga berkenaan. Allahyarham Tengku Badri rebah selepas rukuk untuk rakaat kedua dan menghembuskan nafas terakhir ketika mengimamkan hampir 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid itu pada 18 Julai lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak dilaporkan mempunyai rekod rawatan sakit jantung di Hospital Raub.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035