Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Pesara jurutera meninggal selepas aktiviti menyelam di Tioman
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :06 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang pesara jurutera berusia 72 tahun meninggal dunia selepas melakukan aktiviti menyelam di Pantai Kampung Paya di Pulau Tioman, Rompin, awal malam tadi. Lelaki berkenaan, Low Choon Foi dari Johor Bahru, Johor dikatakan turun untuk melakukan aktiviti menyelam bersama seorang rakan pada jam 6.30 petang. Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata pada 7.40 malam, rakannya menyedari mangsa berada di tepi pantai dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri. "Rakannya menyedari mulut mangsa dalam keadaan berbuih sebelum meminta bantuan pihak pengurusan sebuah resort untuk membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek. "Pada jam 9.20 malam tadi, pegawai perubatan mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa mendapati tiada unsur perbuatan jenayah. Katanya, hasil maklumat, mangsa bersama 14 rakan dari Singapura mendaftar masuk ke sebuah resort di kampung itu pada jam 10.30 pagi semalam dan dijangka pulang hari ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035