Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :KPDN Pahang serbu premis jual LPG secara borong tanpa lesen
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :11 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menyerbu sebuah premis di Bentong semalam yang dipercayai menjual gas petroleum cecair (LPG) secara borong tanpa lesen, dan membuat sitaan pelbagai barangan membabitkan nilai keseluruhan RM621,887. Pengarahnya, Jezlily Jamaluddin, berkata rampasan itu hasil operasi penguatkuasaan khas Ops Gasak 2025 di sebuah premis perniagaan di Jalan Manchis, Bentong. Katanya, operasi dijalankan susulan risikan selama sebulan di premis terbabit. "Sitaan membabitkan 1,105 tong LPG, masing-masing tong 12 kilogram (kg), 14kg dan 50kg yang dianggarkan bernilai RM171,687 manakala tiga lori yang turut disita dianggarkan bernilai RM450,200," katanya dalam kenyataan. Katanya, lesen borong LPG premis itu tamat tempoh. Siasatan awal juga mendapati muatan LPG sepatutnya dihantar ke premis lain di Mentakab, Temerloh tetapi dialih ke premis berbeza daripada invois.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035