|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| RAUB : Kenderaan pacuan empat roda (4x4) jenis Ford Ranger musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 35.1, Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala ke Raub pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub tiba di lokasi pada jam 9.24 pagi.
Katanya, Komander Operasi, Azain Uzir memaklumkan bahawa kemalangan itu mengakibatkan kebakaran besar keseluruhan kenderaan terbabit.
"Seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS dari BBP Bentong sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.49 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya enam minit kemudian," katanya.
Katanya, seramai 14 anggota dari BBP Raub dan BBP Bentong terbabit dalam operasi itu dengan bantuan tiga jentera termasuk sebuah FRT, sebuah LFRT dan satu unit EMRS.
"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |