Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Pusat Pembelajaran UMPSA Kuala Lumpur bakal dibuka
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :02 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan membuka Pusat Pembelajaran UMPSA Kuala Lumpur (UMPSA KL). Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata pembukaan pusat itu sebagai usaha memperluas akses pendidikan tinggi, khususnya dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada masyarakat bandar serta golongan profesional yang bekerja. Katanya, usaha itu sebahagian daripada persediaan UMPSA mengukuhkan kedudukan universiti ini sebagai hab TVET termaju di rantau ASEAN berteraskan kecemerlangan akademik, jaringan global dan keupayaan penghasilan graduan yang berkualiti tinggi. "Kuala Lumpur kini menjadi lokasi strategik UMPSA untuk menarik lebih ramai pelajar dari wilayah tengah dan selatan Semenanjung Malaysia. "Pembukaan pusat ini dijangka bakal menarik minat pelajar di kawasan bandar, golongan bekerja yang ingin meningkatkan kemahiran dan rakan industri serta agensi kerajaan untuk berkolaborasi dalam bidang teknikal dan latihan. "Strategi ini dilihat sebagai langkah terbaik untuk memperluas akses kepada pendidikan tinggi berkualiti serta menyediakan peluang pembelajaran yang lebih fleksibel kepada pelajar dalam dan luar negara," katanya dalam kenyataan hari ini. Selain itu, beliau berkata, inisiatif itu turut memastikan golongan muda mendapat akses kepada kemahiran teknikal berkualiti tinggi sejajar dengan permintaan pasaran buruh yang semakin memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Katanya, sudah tiba masanya UMPSA mempunyai pusat pembelajaran di Kuala Lumpur dalam menawarkan jaringan strategik bagi pelajar yang mencari akses TVET tanpa perlu pelajar ke kampus universiti di Gambang dan Pekan, Pahang. "Langkah ini selari dengan sasaran kerajaan untuk memperkasa TVET sebagai pemacu utama pembangunan modal insan, sekaligus menyokong transformasi ekonomi negara ke arah ekonomi Madani yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing di peringkat global. "Usaha ini juga sebahagian daripada pelan transformasi UMPSA sebagai universiti teknologi bertaraf global yang menekankan konsep pembelajaran fleksibel, akses mudah serta kolaborasi dengan industri di bandar. "UMPSA juga antara universiti yang diberi kelulusan sebagai Pusat Verifikasi Kualiti (QVC) bagi kursus Stand-Alone Micro-Credentials (SAMC) dalam usaha memperluas akses serta fleksibiliti pendidikan tinggi negara," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035