Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Pahang
Main Author :Mohd Rafi Mamat
Title :Dua kali hampir lemas tidak halang sertai PASKAM UMPSA
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :11 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Minat pada laut mendorong penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Nurwaldan Wasiq Khairul Nizar menyertai Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) UMPSA Siri 1/2023. Dia yang sebelum ini sering turun ke laut di perairan daerah ini untuk memancing dan mencandat sotong berbangga menjadi kumpulan pertama penuntut UMPSA menganggotai PASKAM UMPSA yang berjaya menamatkan latihan selama dua tahun. Nurwaldan Wasiq, 23, berkata selepas menyertai PASKAM dia mendapat banyak pengetahuan mengenai laut terutama membabitkan undang-undang di laut yang perlu dipatuhi syarikat perkapalan termasuk nelayan dan pelancong yang berlayar. "Selain mengikuti latihan selama dua minggu di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, di sini, pengalaman menaiki kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ke Pulau Tioman menjadi kenangan tidak mungkin dilupakan. "Selepas tamat pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal saya akan meneruskan kerjaya sebagai Pasukan Simpanan Maritim bagi meneruskan dan mengembangkan pengalaman dimiliki," katanya yang menerima Anugerah Pelatih Terbaik. Beliau berkata demikian pada Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM UMPSA Siri 1/2023 di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang, di sini. Majlis dirasmikan Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab. Hadir sama, Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias. Seramai 41 anggota PASKAM UMPSA menamatkan latihan dua tahun dengan pangkat Leftenan Muda. Bagi M Eewarri, 24, semangat menebal menganggotai PASKAM UMPSA membuatkan dia yang tidak pandai berenang, kini mampu menguasai kemahiran itu dengan baik. "Saya berminat dengan pasukan beruniform, apabila permohonan menyertai PASKAM UMPSA dibuka, saya memohon bersama rakan dan diterima menyertai pasukan beruniform ini," katanya yang menerima anugerah Kadet Terbaik Akademik. Rakannya, Muhammad Amirul Hakim Bizun, 25, berkata sepanjang dua tahun mengikuti latihan, dua kali dia nyaris lemas sebelum diselamatkan jurulatih dan rakan. "Saya akan menyertai Pasukan Simpanan Maritim selepas tamat pengajian nanti, semangat saya menebal dengan pasukan beruniform," katanya yang menerima Anugerah Kadet Terbaik Latihan Luar. Sementara itu, Mazlan berkata, pengalaman dua tahun tidak disia-siakan anggota PASKAM UMPSA dan mereka perlu menganggotai Pasukan Simpanan Maritim selepas tamat pengajian dan berada dalam sektor pekerjaan. "Pengalaman dimiliki ini tidak ada pada individu lain. Justeru apabila tenaga diperlukan untuk mempertahankan perairan negara, mereka perlu tampil dengan semangat tinggi," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035