Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Berita Harian
Title :UTeM menang anugerah pada Majlis Anugerah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2025
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :14 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
AYER KEROH: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, dekat sini, terus mempamerkan kecemerlangan apabila memenangi Anugerah Kecemerlangan PPT: Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) pada Majlis Anugerah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2025, baru-baru ini. UTeM adalah pemenang utama anugerah berkenaan. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud; Pengerusi MQA, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran. Menerima anugerah itu adalahTimbalan Naib Canselor UTeM (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Zahriladha Zakaria yang mewakili Naib Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin. Turut bersama hadir meraikan kemenangan ini adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Datuk Dr Husaini Omar dan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) Prof Ts Dr Mohd Sanusi Azmi. Pada majlis itu, UTeM turut tersenarai antara tiga universiti terbaik Anugerah Kecemerlangan PPT: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain muncul lima universiti terbaik Anugerah Kecemerlangan PPT: Pembelajaran Sepanjang Hayat. Mengulas pencapaian itu, Dr Massila berkata kejayaan itu membuktikan universiti berkenaan terus komited dalam mempamerkan kecemerlangan berterusan berkaitan aspek pematuhan standard dan inovasi dalam jaminan kualiti mampan. Katanya, UTeM juga sentiasa memastikan pelaksanaan pengurusan kualiti dalaman berprestij tinggi secara keseluruhan di samping sistem jaminan kualiti dalaman yang kukuh dan proses penandaarasan membabitkan perbandingan dengan amalan terbaik. "Hasil daripada proses penandaarasan ini, yang terdiri daripada kekuatan dan peluang penambahbaikan, menjadi input bagi menambah baik matlamat institusi, pelan strategik dan juga sistem jaminan kualiti. "Pada masa yang sama pemacuan kepimpinan UTeM tentunya memainkan peranan penting dalam memacu budaya kualiti. "Kepimpinan yang berkesan dalam memastikan pelaksanaan dasar dan prosedur berkualiti serta memberi inspirasi kepada staf dan pelajar untuk mencapai kecemerlangan," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035