Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Mohd Iskandar Ibrahim
Title :Kerajaan sedia pertimbang bantuan tambahan untuk mahasiswa - Anwar
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :18 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
CYBERJAYA: Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan memberi bantuan tambahan RM100 secara 'one-off' kepada golongan mahasiswa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dipertimbangkan bagi membantu golongan berkenaan yang berdepan cabaran kos sara hidup. "Baru saya lulus RM100 (Sumbangan Asas Rahmah) untuk semua usia 18 tahun ke atas (baru-baru ini). Baik, kita boleh beri pertimbangan. "Tetapi yang kita dah bagi ini, yang one-off RM100, tetapi saya tahu (ada keperluan), kita boleh pertimbangkan dalam belanjawan, apa-apa yang kita boleh kurangkan," katanya pada program Temu Anwar di Universiti Multimedia (MMU) di sini, hari ini. Beliau menjawab soalan seorang wakil mahasiswa yang memohon supaya kerajaan dapat menyalurkan bantuan tambahan kepada golongan itu. Anwar berkata, biarpun berdepan cabaran kos sara hidup, harga minyak, ayam, telur dan gula di Malaysia masih jauh lebih rendah daripada negara lain. "Itu kita kena terima, apakah ia tidak merunsingkan?. Ia merunsingkan. Kalau tanya saya apakah masalah yang saya bimbang sebagai tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, saya masih runsing mengenai masalah kemiskinan tegar, kemiskinan rakyat dan beban kepada mereka. "Itu memang hal yang kita harus tangani dengan sebaik mungkin tetapi percayalah, bila kita naik gaji (penjawat awam) baru-baru ini, gaji menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen, tidak kita naikkan dan itu isyarat bahawa kita ada tanggungjawab," katanya. Selain itu, beliau menegaskan, sistem perolehan negara harus telus untuk memastikan perbelanjaan negara dapat dijimatkan. "Sebab itu saya kata tatakelola. Kalau kita dapat jalankan ini, kita boleh selamatkan. "Berapakah yang diperoleh dalam satu dua tahun yang lalu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dari dana yang dirampas dalam kalangan yang menggondol kekayaan tidak ikut peraturan dan undang-undang, itu cecah sampai RM4 bilion, RM5 bilion," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035