|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam tampak sudah bersedia untuk Karnival Sukan Staf (KARiSTA) UiTM 2025 selepas selesai menjalankan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UiTM Shah Alam, hari ini.
Majlis itu disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi yang menyerahkan bendera kontinjen kepada Ketua Kontinjen UiTM Shah Alam, Norhilman Nordin sebagai menandakan kesiapsiagaan warga kampus dalam menyahut cabaran dan memperkukuh semangat kesukanan.
Kontinjen UiTM Shah Alam tahun ini disertai seramai 208 atlet yang akann mengambil bahagian dalam 25 acara sukan seperti bola sepak, badminton, bola jaring, olahraga, tenpin boling dan lain-lain.
Mohd Sazili berkata penyertaan kontinjen ini bukan sahaja memupuk budaya hidup sihat dan kerjasama berpasukan dalam kalangan staf tetapi juga mengukuhkan ukhuwah serta jalinan kebersamaan antara warga UiTM dari seluruh negara.
"Kami percaya semangat kesukanan yang dibawa oleh kontinjen UiTM Shah Alam akan mencerminkan aspirasi universiti dalam melahirkan warga kerja yang cergas, berdaya saing serta komited terhadap nilai kebersamaan," katanya.
Sebagai rekod, KARiSTA UiTM 2025 adalah acara dwitahunan yang menghimpunkan staf dari seluruh kampus UiTM di Malaysia untuk bertanding dalam pelbagai acara sukan.
Ia sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan jenama UiTM sebagai sebuah universiti unggul. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |