|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA LUMPUR: Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) 2025 akan bertambah rancak menerusi penyertaan kali pertama oleh Persatuan Pesara UiTM Malysia (PESUTIMA) dalam kejohanan terbabit.
Sebagai rekod, Sukan dwi-tahunan kali ini akan berlangsung dari 25 hingga 30 Ogos ini di kampus UiTM Perlis, Arau.
Semua kampus cawangan UiTM dari seluruh negara akan menyertai karnival itu yang membabitkan 16 jenis permainan.
Dengan moto 'PESUTIMA Masih Berbisa', kontinjen yang terdiri dari 46 orang pesara ini mensasarkan pungutan lima pingat emas.
Ketua kontinjen, Datuk Thantawi Jauhari Ahmad berkata PESUTIMA meletakkan harapan dalam permainan bowling, tenis, badminton dan golf.
"Walau pun tidak meletakkan harapan tinggi, saya berharap pasukan bolasepak veteran dapat memberi saingan hebat kepada pasukan-pasukan lain dan layak sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir.
"Apapun, kita menyertai pertandingan adalah untuk menyambung silaturahim serta mempromosi PESUTIMA kepada staf terutamanya yang bakal bersara," katanya. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |