|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA NERUS: Seluruh warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menzahirkan doa dan sokongan penuh terhadap pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang kini menyertai misi kemanusiaan terbaharu Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Penyertaan beliau dalam misi antarabangsa itu bukan saja membanggakan UniSZA, malah menjadi simbol keprihatinan dan solidariti institusi terhadap penderitaan rakyat Palestin.
Misi GSF disertai lebih 100 delegasi dari lebih 30 negara, termasuk sembilan wakil dari Malaysia, terdiri daripada aktivis, ahli akademik, pakar perubatan dan sukarelawan.
Afandi kini berada di atas kapal Conscience yang berlayar secara berasingan daripada konvoi utama GSF, namun masih dalam misi yang sama untuk membawa bantuan kemanusiaan serta mengetengahkan isu hak asasi manusia di Gaza.
Seluruh warga UniSZA mendoakan pelayaran Prof Afandi berjalan lancar dan beliau serta semua peserta diberi perlindungan sepanjang misi ini.
Penyertaan beliau mencerminkan komitmen UniSZA dalam menyokong usaha global ke arah keamanan, keadilan dan kemanusiaan sejagat.
GSF adalah usaha gabungan pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk inisiatif Freedom Flotilla dan Thousand Madleens, susulan kegagalan misi bantuan terdahulu pada Jun lalu.
Meskipun berdepan risiko termasuk kemungkinan gangguan daripada tentera Israel, peserta tetap bertekad meneruskan pelayaran demi membawa bantuan keperluan asas yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |