Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Amirullah Andi Nur
Title :Pelajar UM maut jatuh bangunan asrama
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :17 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) di sini, maut akibat parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kediamannya di Kolej ke-13, di sini petang ini. UM sebentar tadi dalam satu kenyataan mengesahkan kematian pelajar berkenaan. "Universiti Malaya dengan rasa dukacita yang amat mendalam mengesahkan bahawa mahasiswa yang terlibat dalam insiden di Kolej Kediaman pada hari ini telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya. "Seluruh warga Universiti Malaya menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham. Pihak universiti, melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham bagi membantu mereka menghadapi saat sukar ini," katanya. UM turut memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa, dan pihaknya pada masa ini memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan kes itu. Universiti berkenaan dalam masa sama meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga pelajar terbabit serta tidak membuat sebarang spekulasi atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berhubung insiden ini. "Universiti Malaya turut menyeru seluruh warga kampus agar bersama-sama mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham dan ketabahan keluarganya, " katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035